TEMPAT MEMANCING
Fish Valley @ Semenyih
Empangan Semenyih
Empangan Semenyih merupakan sebuah empangan air di daerah Hulu Langat, Selangor. Siap dibina pada tahun 1986 berkeluasan 1,500 ekar. Empangan ini menampung bekalan air sebanyak 120 juta gelen sehari dan merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Pembinaan empangan semenyih ini menelan kos sebanyak RM 400 juta.
Empangan ini dikelilingi hutan berbukit yang didiami sejumlah kecil penduduk orang asli temuan. Empangan ini juga bukan sahaja menampung keperluan air di Lembah Klang malah menjadi salah satu tarikan pelancongan di Hulu Langat kerana kehijaun dan pemandangannya yang sangat cantik. Jalan di Empangan Semenyih menjadi laluan alternatif penduduk Hulu Langat untuk ke Semenyih walaupun ianya agak sunyi dan sedikit berliku. Empangan Semenyih juga mempunyai pelbagai spesis ikan yang menjadi kegemaran kaki pemancing untuk datang mencuba nasib di situ walaupun kawasan ini tidak dibenarkan untuk memancing.