SKYTREK SUNGAI CONGKAK
Skytrex Adventure Sungai Congkak di bina pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada 1 Julai 2019. Kawasan eko-pelancongan ini adalah merupakan Taman Flying Fox yang pertama di Malaysia bagi para pengunjung menikmati sukan lasak dengan suasana alam semula jadi. Skytrex ini mempunyai empat cawangan iaitu di Shah Alam, Langkawi, Melaka, dan Sungai Congkak. 3 jenis pakej yang boleh anda cuba saat berkunjung ke sini iaitu River Thrill, Rapid Extreme dan Double Dare dimana setiap pakej ini mempunyai 25 halangan atau 'check point' yang berbeza. Masa yang dianggarkan untuk anda menghabiskan semua halangan yang ada di dalam lingkungan satu jam setengah. Dipercayai semua orang mampu melakukan sukan lasak yang ada dia sini kerana tahap cabaran yang tidak begitu tinggi. Kesemua alatan yang digunakan di Skytrex Adventure Sungai Congkak adalah menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan dan menggunakan alatan yang berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun, terdapat had ketinggian dan berat badan yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti ini.