MENU

CHERAS - Program Kempen Bebas Beg Plastik telah diadakan pada 20 November 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Cheras Jaya yang dirasmikan oleh Puan Zunika binti Saleh, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPKj.

Program ini bertujuan memupuk kesedaran berkaitan kesan penggunaan beg plastik dalam kalangan warga sekolah serta satu usaha memberi pendedahan kepada orang ramai sedari usia muda atau kecil lagi.

Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja, Puan Jamilah binti Mohd Yusof, Guru Besar SK Cheras Jaya, guru-guru dan para pelajar SK Cheras Jaya serta para pegawai MPKj turut hadir sama dalam program ini.

Seramai 10 orang wakil pelajar telah dipakaikan lencana bebas beg plastik sebagai simbolik pelaksanaan program ini. Pelbagai aktviti menarik telah diadakan melibatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6 berkaitan kitar semula dan penjagaan alam sekitar dengan fokus terhadap usaha bebas beg plastik. Para pelajar juga diberikan makanan tajaan secara percuma sebagai tanda kenang-kenangan.

bebas beg