Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss@ Mohd Hatta bersama-sama Ahli-ahli Majlis MPKj, pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua unit telah hadir ke program Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2024 yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ pada 26 dan 27 Oktober 2024.
Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Dato' Sri Fadhillah Yusof merangkap Pengerusi Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.
Pada program yang sama, turut diadakan Sesi Town Hall KPKT antara Datuk Bandar, Yang Dipertua, Pengerusi dan Setiausaha/Pegawai Eksekutif PBT bersama Menteri KPKT, Y.B. Tuan Ng Kor Ming, Ketua Setiausaha KPKT dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan.