SEPANG - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir ke Festival Makanan Warisan Selangor yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor pada 17 November 2024 di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
Turut hadir YAB Datin Seri Madiana binti Muhamad dan YB Datuk Borhan bin Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor yang berkenan menyaksikan penyerahan sijil The Malaysia Book of Records bagi penyertaan terbesar dalam sesi makan punten.
Datuk-datuk Bandar, para Yang Dipertua, Pegawai-pegawai Daerah, Orang Besar Daerah (OBD), pegawai kanan kerajaan dan orang ramai turut serta memeriahkan festival dengan pelbagai juadah disediakan oleh 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor mewakili sembilan daerah.
YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj bersama pegawai dan kakitangan MPKj turut serta di gerai juadah warisan Sate Kajang dan Sate Minang.
Gastronomi Selangor melalui jejak makanan warisan boleh dijadikan satu tarikan pelancong dan promosi Tahun Melawat Selangor 2025.