MENU

PUTRAJAYA - YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengetuai delegasi lawatan penandaarasan MPKj ke Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 15 Januari 2025 (Rabu) dan disambut oleh YBrs. Encik Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Naib Presiden Kanan, Jabatan Perkhidmatan Korporat, PPj.

Turut hadir Puan Lim Kim Eng, Ahli Majlis (AM) Zon 3, Encik Edwin Tan Wei Yong, AM Zon 4, Encik Kwan Say Hong, AM Zon 8, Encik Muhammad Nashriq bin Zailan, AM Zon 10, Encik Tan Tee Guan, AM Zon 11, Tuan Ir. Rusman bin Abu Samah, AM Zon 12, Encik Ong Seng Peng, AM Zon 15, para pengarah dan ketua-ketua unit serta pegawai MPKj.

Taklimat Pembangunan Bandar Pintar disampaikan oleh Encik Mohd Musabri bin Shaharom, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Bandar Pintar, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, PPj.

Tambahan, taklimat ringkas tentang Pemantauan Perbandaran (Urban Observatory) diberikan oleh Puan Gs. Zabibah binti Samat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Infrastruktur dan Geospatial, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, PPj.

Kemudian, delegasi MPKj dibawa melawat Pusat Kawalan Putrajaya (Putrajaya Command Centre, PCC) disusuli penerangan ringkas dan sesi soal jawab.

Majlis Perbandaran Kajang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya atas kesudian menerima lawatan kali ini.

putrajaya