MENU

KAJANG - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir seterusnya mengiringi YB Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor yang merasmikan Sesi Dialog Awam (Town Hall) Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor Tahun 2025 - 2027 Bagi Zon Selatan pada 16 Januari 2025 (Khamis) yang diadakan di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang.

YBhg. Dato' Dr. Yusri bin Zakariah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor, YM Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pengawai Daerah Kuala Langat, YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, YBrs. Tuan Muhammad Shah bin Osmin, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Puan Nurul Ain binti Mat Misri, Penolong Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN Selangor hadir sama sebagai tetamu kehormat dalam program yang disertai oleh pemilik kilang dan penggerak industri di kawasan Zon Selatan Negeri Selangor.

Ahli Majlis, Para pengarah, ketua-ketua unit dan para pegawai daripada MPKj, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Pejabat Daerah Tanah Sepang, Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat bersama-sama menjayakan program kali ini.

Taklimat diberikan oleh Puan Nurul Ain binti Mat Misri, Penolong Pengarah Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN Selangor dan Encik Syahrizal bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Tanah (Kanan), Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Program diteruskan dengan sesi pertanyaan daripada pihak pemilik kilang, perunding dan penggerak industri perkilangan Zon Selatan dan ulasan serta maklum balas oleh para pegawai kerajaan.

Diharapkan program ini meningkatkan usaha memutihkan atau memulihkan kilang-kilang tanpa kebenaran kerana kemajuan ekonomi Negeri Selangor hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab secara menyeluruh tanpa mengenepikan perkara-perkara yang boleh mendatangkan impak tidak baik kepada sosioekonomi, kemasyarakatan dan kelestarian alam sekitar.

town hall