MENU

Tarikh: 23 Ogos 2024
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Min Bangi

Program Kempen Bebas Beg Plastik Anjuran Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj (JPL) di Sek. Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Min Bangi adalah bagi memupuk kesedaran berkaitan penggunaan beg plastik di kalangan warga sekolah. Program tersebut turut disertai oleh jabatan dalaman MPKj seperti Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj (JPP), Jabatan Perbendaharaan (KEW), Jabatan Pembangunan Masyarakat(JPM) dan Jabatan Landskap dan Rekreasi dalam menjayakan Program ini.

Program ini telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja, En. Mohammad Izuddin bin Ramli. Turut hadir bersama Guru Besar SJKC Yoke Min Bangi, Pn. Wng Yoke Kam, Naib Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Yoke Min, En. Law Siong Yi dan YDP PIBG SJKC Yoke Min Bangi, Ng Wei Yung

Pelbagai aktviti menarik juga telah laksanakan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja dalam program yang melibatkan pelajar tahun 6 berkaitan kitar semula dan pengguna beg plastik.

plastik